[VIDEO] Zakaria, isteri mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Zakaria, isteri mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 2 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi. 

Beliau tiba bersama isteri, Katijah Beebi Bayi Khan, 50, kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum pusat mengundi tersebut dibuka pukul 8 pagi. 

Menurut Zakaria, beliau bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selain lega perjalanan proses perjalanan berjalan lancar setakat ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…
ZAKARIA HANAFI bersama isterinya, Katijah Beebi Bayikhan menunjukkan kesan dakwat kekal di jari sel
ZAKARIA HANAFI bersama isterinya, Katijah Beebi Bayikhan  menunjukkan kesan dakwat kekal di jari selepas mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Pusat Pengundian Dewan  JKKK Kampung Sesapan Kelubi Beranang di sini hari ini. UTUSAN ONLINE / FAUZI BAHARUDIN

“Saya bersyukur, pengundi di sini juga nampak berkobar-kobar, saya tiba pukul 7.30 pagi tapi mereka sudah ada awal lagi. Tiga orang anak saya juga mengundi di sini. 

“Harap pengundi dapat membuat pilihan tepat, saya harap jika menang nanti akan menjadi hadiah hari lahir pada lusa,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN