Nik Aziz Afiq tiba di pusat pengundian - Utusan Malaysia

Nik Aziz Afiq tiba di pusat pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 2 Mac – Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul tiba di pusat pengundian Dewan Serbaguna Orang Ramai Semenyih di sini.

Beliau yang ditemani bapanya, Abdul Abdul Karim dan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan tiba kira-kira pukul 7.50 pagi untuk menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kali ini. 

Kerusi DUN Semenyih diadakan selepas wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Noor, 57, me­ninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

PRK bagi kerusi itu memperlihatkan pertembungan empat penjuru Nik Aziz Afiq; calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi; calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini