Sterling tertekan bersama Liverpool - Utusan Malaysia

Sterling tertekan bersama Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Penyerang Manchester City, Raheem Sterling mengakui tekanan mengejar kejuaraan Liga Perdana England (EPL) bersama Liverpool sebelum ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan selepas menyertai skuad The Citizens.

Ketika menyarung jersi Liverpool pada musim 2013-2014 dan menjadi tonggak utama di bawah kendalian Brendan Rodgers, Sterling telah kecewa dalam misi membantu pasukan merangkul kejuaraan liga.

“Apabila menyarung jersi Liverpool, saya merasakan tekanan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan sekarang apabila berada di bawah kendalian Pep Guardiola.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir mereka hanya sedikit di depan berbanding City kerana sebelum ini kami gagal memanfaatkan peluang yang ada dengan baik meskipun pasukan masih berada pada landasan yang betul.

“Sekarang fokus dan tumpuan pasukan adalah untuk menang dalam setiap perlawanan yang akan datang.

“Kempen kali ini ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan musim lalu. Tahun lalu kami lebih selesa di depan selepas meninggalkan pasukan pencabar dengan jurang perbezaan mata yang jauh.

“Biarpun skuad kendalian Jurgen Klopp kini telah mempamerkan persembahan yang memukau tetapi saya tetap yakin dengan kemampuan yang ada pada City,” kata Sterling.

Kini City hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan pendahulu, Liverpool serta kedua-dua pasukan masih berbaki 10 perlawanan musim ini. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini