Pertembungan musuh ketat London - Utusan Malaysia

Pertembungan musuh ketat London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mac – Selepas menyaksikan harapan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris semakin pudar ekoran ditimpa dua kekalahan berturut-turut, pasukan di tangga ketiga, Tottenham tidak mempunyai masa untuk merawat kekecewaan mereka apabila perlu menerima kunjungan Arsenal pula dalam pertembungan derby utara London di Wembley, esok.

Selepas ditimpa kekalahan mengejut kepada Burnley, Spurs kelihatan tidak bermaya sewaktu beraksi menentang Chelsea di Stamford Bridge, apabila gagal menyempurnakan percubaan tepat ke pintu gol buat kali pertama sejak berada di bawah kendalian Mauricio Pochettino setelah tumpas 0-2.

Dengan aksi yang hanya berbaki 10 perlawanan, Tottenham tidak boleh lagi melayan perasaan gugup mereka jika mahu mengelak daripada terjerumus dalam pergelutan bagi mempertahankan kedudukan dalam kelompok empat terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih-lebih lagi kebangkitan prestasi dipamerkan Manchester United yang hanya keciciran lima mata di tempat kelima dan Arsenal pula yang menghuni tangga keempat hanya dipisahkan empat mata di belakang Spurs.

Gunners masih mengekalkan kelebihan tipis mengatasi United, selepas skuad bimbingan Unai Emery itu membelasah Bournemouth 5-1 di Stadium Emirates dan mereka kini, sudah tentu berhajat mahu mengekalkan rentak kemenangan apabila berdepan musuh ketat sebandar, Tottenham.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN