Delegasi berpengaruh dari Barcelona ke Malaysia untuk lawatan kerja - Utusan Malaysia

Delegasi berpengaruh dari Barcelona ke Malaysia untuk lawatan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 1 Mac – Konsul Jeneral Kehormat Malaysia di Barcelona, Dr Jorge Martinez Rotllan akan  mengetuai dua delegasi yang merangkumi Konsul-Konsul Kehormat, ahli-ahli korporat serta orang-orang kenamaan dan berpengaruh dari Sepanyol khususnya dari Barcelona untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia sebelum pertengahan tahun ini.

Kumpulan pertama akan lebih memberi fokus kepada aspek pelancongan dan kebudayaan manakala yang ke dua pula adalah bagi meninjau peluang-peluang baru terutama sekali dalam aspek pelaburan dan juga perdagangan yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Demikian dipersembahmaklumkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Dr Martinez ketika menerima keberangkatan baginda ke pejabat beliau di Barcelona petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama mengiringi baginda yang berada di kotaraya tersebut bagi menghadiri ‘Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2019’ ialah anakanda kedua, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Datuk M. Rajasekaran.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengundang kehadiran delegasi ke dua tersebut ke negeri Perlis yang berkeluasan 818 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 256,400 orang untuk melihat sendiri lokasi-lokasi pelaburan utama yang ditawarkan di negeri Perlis seperti Padang Besar (Kawasan Perindustrian Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis), Kangar (Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu), Kuala Perlis (Bandar Maritim) dan Kuala Sanglang (Pelabuhan Bersepadu).

Untuk rekod, dimaklumkan pada ketika ini terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia menuntut di Barcelona dan pihak pejabat Konsukat berkenaan mempunyai dua orang staf khusus di pejabat yang beralamat di C/Munner, 10 – 08022 Barcelona berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN