Cuaca panas: Sekolah digalak henti aktiviti luar - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Sekolah digalak henti aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah agar menghentikan sementara semua aktiviti luar kelas memandangkan cuaca panas pada masa sekarang, kata Menterinya, Maszlee Malik hari ini. 

Beliau berkata, surat peringatan sudah dikeluarkan kepada semua sekolah pada pertengahan bulan Februari lepas.

Beliau difahamkan kebanyakan sekolah yang sepatutnya mengadakan acara sukan tahunan bermula minggu hadapan telah ditangguhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau waktu panas, kementerian tidak menggalakkan aktiviti luar dan perlu dikurangkan. Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak banyak meminum air dan menjaga kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab UNESCO dan Model United Nations (MUN) di Sekolah Seri Puteri di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga akhir Mac ini.

Setakat ini, Maszlee mengesahkan belum ada kes berkaitan strok haba melibatkan pelajar di negara ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini