De Gea kekal di Old Trafford? - Utusan Malaysia

De Gea kekal di Old Trafford?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mac – Penjaga gol Manchester United, David De Gea memberi bayangan positif akan terus bersama kelab itu untuk jangka masa panjang.

United baru-baru ini menghidupkan klausa lanjutan setahun di dalam kontrak De Gea bagi membolehkan pemain itu kekal bersama Red Devils sehingga 2020 tetapi masih belum mencapai kata sepakat untuk lanjutan tambahan.

Beberapa hari lalu, dilaporkan pemain Sepanyol itu bersedia untuk terus memberikan komitmen di Old Trafford sekiranya gajinya menyamai pendapatan Alexis Sanchez.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, perubahan semasa kelab di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer berjaya meyakinkan De Gea untuk meneruskan cita-citanya dan dia bersedia untuk menanda tangani kontrak baharu bernilai 375,000 pound (RM2.02 juta) seminggu.

Perbincangan bagaimanapun masih diteruskan namun hantaran terbaharu Emilio Alvarez di media sosial memberi bayangan bahawa kedua-dua pihak sudah hampir mencapai kata putus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN