Shaw pemain terbaik United musim ini - Utusan Malaysia

Shaw pemain terbaik United musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mac – Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku menyifatkan Luke Shaw adalah pemain terbaik kelab itu musim ini.

Pertahanan kiri itu membantu Lukaku menjaringkan gol pertama ketika mereka menang 3-1 ke atas Crystal Palace dengan gerakan dari bawah sekali gus mengekalkan mencipta rekod lapan kemenangan berturut-turut di tempat lawan.

Ia merupakan antara penampilan terbaik Shaw musim ini yang dilihat semakin konsisten di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas berdepan situasi kurang baik bersama bekas pengendali, Jose Mourinho.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lukaku menjangkakan pemain berusia 23 tahun itu akan menikmati musim cemerlang selepas dia berjaya mengatasi masalah kecederaan yang dialaminya sebelum ini,

“Dia adalah pemain terbaik musim ini. Dari awal musim sehingga hari ini, dia adalah pemain paling konsisten,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN