Lebih 400 pemain sertai kejohanan akhir WAGC di Sabah - Utusan Malaysia

Lebih 400 pemain sertai kejohanan akhir WAGC di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 28 Feb. – Lebih 400 pemain dari 40 buah negara akan bersaing pada pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2019 di empat kelab golf di negeri ini, bermula 19 hingga 26 Okt depan.

Pengerusi WAGC Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, kejohanan berkenaan akan berlangsung di Sutera Harbour Marina Golf and Country Club, Sabah Golf and Country Club, Nexus Golf Resort Karambunai and Dalit Bay Golf and Country Club.

“Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Delta Trend Golf and Leisure Holidays dan Malaysia telah menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pemain adalah pemenang pada peringkat akhir kebangsaan di negara masing-masing, seterusnya layak mewakili negara mereka untuk pusingan akhir WAGC di Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata seramai lima pemain Malaysia, yang menjadi pemenang di peringkat negara ini, akan memberikan saingan kepada pemain dari benua benua Amerika, Eropah, Asia dan Afrika pada kejohanan tersebut..

Ahmad Shah, yang juga Pengerusi Pelancongan Malaysia, berkata, Sabah akan mendapat banyak manfaat daripada penganjuran kejohanan berkenaan khususnya dalam sektor pelancongan.

“Kejohanan ini juga akan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tempat dan kemudahan lapangan golf bertaraf dunia,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN