Pakistan siar rakaman video penahanan juruterbang India - Utusan Malaysia

Pakistan siar rakaman video penahanan juruterbang India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 27 Feb. – Media tempatan hari ini menyiarkan rakaman video menunjukkan juruterbang pesawat pejuang India yang ditahan selepas pesawat tersebut ditembak ketika memasuki ruang udara Pakistan di Kashmir.

Sumber keselamatan memberitahu AFP bahawa rakaman video itu adalah tulen.

Rakaman menunjukkan imej seorang lelaki lengkap dengan uniform Tentera Udara India dan matanya ditutup, wajahnya berdarah dan tangan diikat ketika disoal siasat tentera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki itu memberitahu namanya, pangkat serta nombor siri dan ketika ditanya maklumat-maklumat lain, dia berkata: “Saya tidak sepatutnya memberitahu kamu (maklumat-maklumat) itu.”

Tentera Pakistan turut menyiarkan rakaman video kedua beberapa jam kemudian menunjukkan lelaki yang sama duduk di dalam sebuah bilik sambil minum teh di lokasi yang tidak diketahui.

“Teh ini rasanya sungguh sedap,” katanya di dalam bahasa Inggeris sambil menambah mengatakan dia sudah berkahwin dan dilayan dengan baik.

Pakistan dan India, masing-masing mendakwa menembak jatuh pesawat tempur pihak lawan ketika konfrontasi itu meletakkan situasi semasa dalam keadaan bahaya.

Islamabad menegaskan menembak jatuh dua pesawat India di dalam ruang udaranya dan menahan dua juruterbang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN