Pemandu MAHB diserang sakit jantung ketika bertugas - Utusan Malaysia

Pemandu MAHB diserang sakit jantung ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang petugas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kenderaan pacuan empat roda milik syarikat yang dipandunya terbabas berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP), Bayan Lepas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Basir Daud, 59, yang bekerja sebagai pemandu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux itu sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang petugas bahagian kejuruteraan yang mendapati kenderaan rondaan MAHB itu terbabas ke dalam longkang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik menara di bangunan terminal LTABPP dan pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa, namun isterinya ada memberitahu bahawa mangsa pernah menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu dan menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Anbalagan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau di sini bagi urusan bedah siasat.

Punca kematiannya didapati akibat serangan jantung. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN