Warga emas hina nabi bermalam di penjara - Utusan Malaysia

Warga emas hina nabi bermalam di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Lelaki warga emas yang didakwa atas pertuduhan mengina Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saiditina Aishah terpaksa bermalam di Penjara Sungai Buloh malam ini.

Ia berikutan kegagalan penjamin lelaki itu, Wai Foo Sing, 68, membayar jamin sebanyak RM20,000 sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi.

Foo Sing perlu bermalam di penjara sehingga sehingga jumlah ikat jamin tersebut diselesaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, warga emas itu tidak mengaku bersalah atas pertuduhan didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Dia juga didakwa atas pertuduhan, memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal mengemukakan dakwaan mengikut mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN