Dana hasil terbesar dunia rugi AS$57 bilion - Utusan Malaysia

Dana hasil terbesar dunia rugi AS$57 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO, Norway  – Dana kekayaan kerajaan Norway mengalami kerugian sebanyak AS$57 bilion (RM231.7 bilion) tahun lalu, kata bank pusat negara berkenaan semalam.

Bank pusat Norway yang menguruskan dana hasil tersebut menyalahkan penurunan sebanyak 6.1 peratus itu kepada ketidaktentuan dalam pasaran saham.

“Walaupun prestasi pada tahun 2018 lemah, pulangan jangka panjang adalah baik dan lebih tinggi berbanding pulangan pada indeks penanda aras,” kata Gabenor Bank Pusat Norway, Oystein Olsen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelaburan ekuiti yang mewakili 66 peratus portfolio dana tersebut pula jatuh sebanyak 9.5 peratus.
Pelaburan hasil tetap  merosot 0.6 peratus, manakala pelaburan dalam saham hartanah tidak disenaraikan menokok 7.5 peratus.

Dana kekayaan Norway berjumlah kira-kira AS$960 bilion (RM3.9 trilion) ketika ditubuhkan pada tahun 1998. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN