Kebakaran feri: Punca kebakaran akan diketahui dua minggu lagi - Utusan Malaysia

Kebakaran feri: Punca kebakaran akan diketahui dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Satu siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebuah feri yang terbakar sewaktu dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis di perairan Langkawi kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan tersebut dijangka mengambil masa satu atau dua minggu ekoran memerlukan pemantauan sebelum memperoleh keputusan.

“Kita juga sedang menunggu hasil siasatan, cadangan dan ulasan daripada Jabatan Laut Malaysia sebelum sebarang tindakan diambil terhadap syarikat feri berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan memandang serius terhadap insiden itu berikutan ia merupakan kejadian kedua yang melibatkan syarikat feri tersebut selepas ia pernah terkandas di tengah laut beberapa bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, seramai 52 penumpang feri Dragon Star 1 yang dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah ke Kuala Perlis, Perlis cemas apabila pengangkutan tersebut terbakar di perairan Langkawi petang kelmarin.

Kejadian berlaku berhampiran hotel The Westin Langkawi Resort & Spa, Jalan Beringin iaitu kira-kira tiga kilometer dari kawasan pantai.

Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan bot-bot yang berada berhampiran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN