WASHINGTON 27 Feb. – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan resolusi menyekat Presiden, Donald Trump daripada mendapatkan dana untuk pembinaan tembok sempadan antara negara ini dengan Mexico menerusi pengisytiharan darurat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Resolusi yang diluluskan di Dewan Perwakilan yang dikuasai parti Demokrat itu dengan margin selesa iaitu 245 undi -182 undi.
Seramai 13 ahli dewan daripada parti Republikan menyertai parti Demokrat dalam memusnahkan deklarasi kecemasan Trump.
Trump pada 15 Februari lalu mengisytiharkan kecemasan kebangsaan selepas gagal memperoleh berbilion dolar untuk membina tembok sempadan daripada Kongres. -AFP











