AS mahu gesa UNSC adakan undian resolusi Venezuela - Utusan Malaysia

AS mahu gesa UNSC adakan undian resolusi Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 27 Feb. – Amerika Syarikat (AS) akan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengambil draf resolusi menuntut bantuan kemanusian dibenarkan masuk ke Venezuela.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil khas Presiden Donald Trump ke Venezuela, Elliott Abrams berkata, pengundian dijangka pada minggu ini walaupun langkah tersebut mungkin perlu berdepan kuasa veto dari Rusia dan China.

“Kami akan mempunnyai resolusi minggu ini, yang pasti akan memberi kemasukan bantuan kemanusian ke Venezuela,” katanya sebelum bermula mesyuarat PBB.

Usaha mengadakan pengundian PBB itu sebagai tanda peningkatan besar dalam kempen diplomatik AS dalam memberi sokongan kepada Juan Guaido, pemimpin pembangkang yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara dan diiktiraf oleh kira-kira 50 buah negara. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN