HANOI 26 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selamat mendarat di Hanoi untuk menghadiri dua hari sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Memuatkan artikel berkaitan…
Trump tiba di sini dengan menaiki pesawat Air Force One selepas berhenti seketika di Qatar bagi mengisi minyak pesawat.
Kedua-dua pemimpin tersebut dijangka menghadiri majlis makan malam esok sebelum meneruskan sidang kemuncak hari berikutnya. – AFP











