United hilang 10 pemain menjelang pertemuan Crystal Palace - Utusan Malaysia

United hilang 10 pemain menjelang pertemuan Crystal Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 26 Feb. – Bos sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui, dia mungkin kehilangan 10 pemainnya menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Crystal Palace, Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jesse Lingard, Juan Mata dan Ander Herrera, kesemua mereka terpaksa di bawa keluar pada separuh masa pertama sewaktu United mencatat keputusan seri 0-0 dengan Liverpool, Ahad lalu, meninggalkan Rashford bagi melengkapkan 90 minit permainan di Theatre of Dreams.

Nemanja Matic terlepas aksi tersebut akibat kecederaan, manakala Anthony Martial masih bergelut dengan masalah di pangkal paha. Phil Jones pula tidak sihat, sementara Antonio Valencia dan Matteo Darmian serta Mason Greenwood masih diketepikan.

Solskjaer mengakui masih belum ada berita positif sejak perlawanan Ahad lepas dan berkata, dia mungkin terpaksa membawa masuk tiga pemain remaja ke dalam skuad utama.

Ditanya jika dia sendiri perlu bermain bersama United, dalam nada gurauan Solskjaer menjelaskan: “Saya tidak fikir usia menjadi isu, masalahnya ialah kecergasan!’ Kami masih belum sempat untuk berlatih bersama, jadi saya rasa tidak banyak perkara positif.

“Saya tidak tahu senarai sebenar pemain yang tercedera, Matteo (Darmian) telah mula berlatih, tetapi saya tidak rasa dia bersedia, Rojo juga telah menyertai latihan, jadi, saya berharap dia sudah boleh beraksi.

“Rashy pula kami masih menunggu tindak balas rawatan terhadap buku lalinya, bagi yang ditimpa kecederaan otot, masih terlalu awal untuk bermain.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN