Bongkah ais gergasi hampir terpisah dari Antartika - Utusan Malaysia

Bongkah ais gergasi hampir terpisah dari Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 26 Feb. Sebuah bongkah ais gergasi, dua kali ganda lebih besar dari bandar New York City dilaporkan semakin hampir untuk terpisah dari Pelantar Ais Shelf di Antartika.

Imej yang dikeluarkan oleh Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) menunjukkan, bongkah ais itu berada dalam keadaan hampir terpisah berikutan keretakan besar pada landskap beku berkenaan sejak Oktober 2016.

Lapor portal Mirror, sebaik sahaja proses rekahan selesai, bongkah ais itu dijangka terpisah dari Pelantar Ais Shelf dan terapung di perairan Antartika.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak rekahan itu dikesan, penyelidik memantau rapi kejadian itu menerusi rakaman imej satelit dan terbaharu NASA mengesan jurang antara bongkah terbabit semakin membesar.

Penyelidik bagaimanapun menganggap fenomena itu bukannya sesuatu yang luar biasa sebaliknya adalah kejadian semula jadi yang boleh berlaku secara kerap.

Susulan rekahan pertama yang juga dikenali sebagai retakan Halloween, stesen Penyelidikan Halley yang dikendalikan oleh Pusat Kajian Antartik British (BAC) terpaksa ditempatkan semula sejak akhir 2016.

Jurucakap BAC memberitahu, keselamatan kakitangan adalah agenda utama mereka, bagaimanapun mereka akan terus memantau pergerakan bongkah ais itu.

“Berdasarkan rakaman imej menggunakan peranti resolusi tinggi, kami mendapati berlaku pelebaran rekahan di kawasan itu sejak pertengahan Januari lalu, namun keadaannya masih belum serius,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN