70 ditahan, 28 kes pecah rumah selesai - Utusan Malaysia

70 ditahan, 28 kes pecah rumah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Polis menyelesaikan sebanyak 28 kes pecah rumah di Kluang dengan tertangkapnya 70 rakyat tempatan dan tiga warganegara asing sepanjang Op Pintu dijalankan bermula 1 Februari hingga semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, dalam operasi melibatkan beberapa serbuan itu, pelbagai barang dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM22,000.

“Antara barang yang dirampas termasuk empat motosikal, tiga buah kereta, tiga telefon bimbit pelbagai jenama, barang kemas dan pelbagai peralatan pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan yang Seksyen 457 kanun yang sama.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, pihaknya menahan seramai 27 rakyat tempatan berusia antara 18 hingga 27 tahun dalam 19 serbuan berasingan menerusi Op Lejang.

Dengan penahanan itu, katanya, polis berjaya menyelesaikan 14 kes curi kenderaan di Kluang.

“Pelbagai rampasan dibuat hasil daripada tangkapan itu antaranya tujuh motosikal, satu rangka motosikal, satu enjin motosikal dan pelbagai peralatan meleraikan komponen kenderaan dengan nilai dianggarkan RM10,500,” katanya.

Mohd. Abduh berkata, tangkapan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN