OSLO 26 Feb. – Dua kren digunakan hari ini untuk membawa naik bangkai kapal tentera milik Norway yang bertembung dengan kapal tangki pada November lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Channel News Asia melaporkan, sejak insiden itu, kapal perang tersebut terkandas di kawasan barat perairan negara ini.
Kejadian tersebut menyaksikan lapan orang cedera dan menyebabkan terminal eksport minyak Laut Utara ditutup buat sementara waktu. – AGENSI











