Saya tidak perlukan sokongan Pas – PM - Utusan Malaysia

Saya tidak perlukan sokongan Pas – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Feb. – Kurang 24 jam selepas PKR menyatakan soko­ngan kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun sebagaimana dijanjikan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memaklumkan yang beliau tidak memerlukan sokongan Pas.

Isu sokongan tersebut timbul minggu lalu apabila Dr. Mahathir sendiri mendedahkan kepada umum butir-butir perbincangan beliau dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas pula mendakwa ada cubaan untuk membuat undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, beliau dan Pakatan Harapan (PH) sudah memiliki jumlah majori­ti yang mencukupi di Dewan Rakyat, sehingga terbentuknya kerajaan baharu ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya perlukan sokongan wakil rakyat setakat 50 peratus lebih. Saya tidak perlukan sokongan daripada Pas kerana PH sudah mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat,” katanya me­rasmikan loji pembuatan batang tembaga milik Metrod Holdings Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Metrod, Apurv Bagri; Pengerusi Metrod Holdings Berhad, Datuk Abu Hassan Kendut dan Presi­den serta Ketua Pegawai Eksekutif Metrod Holdings Berhad, Rajan Mittal.

Minggu lalu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab pendedahan Dr. Mahathir memberitahu, terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Perdana Menteri.

Pas seterusnya mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP adalah dalang kepada agenda tersebut tetapi dakwaan berkenaan segera dinafikan Pre­siden PKR itu.

Sementara itu, kepada soalan mengenai pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada dana daripada 1 Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) masuk dalam akaun rasmi parti tersebut, Dr. Mahathir berkata, itu penjelasan SPRM.

“Itu SPRM kata… SPRM mungkin belum dapat maklumat sepenuhnya dan dia ambil masa. Setakat ini banyak lagi kes-kes pencurian oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang SPRM tak punya masa untuk selidik dan itu tidak bermakna Datuk Seri Najib tak curi.

“Kita tunggulah adakah benar atau tidak (kes RM90 juta dan kes Najib),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini