Nicol berhak terima insentif tambahan - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Nicol berhak terima insentif tambahan – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bekas juara dunia skuasy, Datuk Nicol David berhak menerima lebih daripada pencen sebagai imbuhan terhadap sumbangannya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Beliau yang enggan mendedahkan jumlah pencen atau insentif lain yang bakal dite­rima Nicol berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) masih berbincang de­ngan bekas ratu skuasy negara tersebut termasuk sebarang bantuan dan rancangan yang mahu dilakukan atlet kelahiran Pulau Pinang berkenaan.

“Beliau berhak terima lebih daripada pencen memandangkan beliau adalah juara dunia lapan kali. Tetapi bentuk bantuan (yang akan diberi), biarlah dia sendiri yang umumkan. Kita beri dia ruang dan hormatinya untuk beliau umumkan sendiri,” kata Syed Saddiq.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Konflik Kepen­tingan: Analisis dan Syor berhubung Pencegahan Naungan Politik dan Ra­suah di Malaysia semalam.

Kelmarin, Syed Saddiq dilapor mengarahkan kementeriannya memberikan bantuan kepada Nicol dalam usaha menjayakan perancangannya membangunkan sukan skuasy di negara ini selepas bersara.

Selesa lalu, Nicol yang menceburi sukan tersebut lebih dua dekad lalu mengumumkan bakal menamatkan kariernya itu pada Jun nanti, selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/19 berakhir. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×