Rakyat tidak mahu mendengar isu saya -Najib - Utusan Malaysia

Rakyat tidak mahu mendengar isu saya -Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 20 Feb. – Penduduk hanya mahu mendengar ceramah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mengenai apa yang boleh dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam membantu pembangunan dan kesejahteraan rakyat, bukan mengenai isu-isu yang berkaitan bekas Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat juga mahu melihat parti mana yang boleh membantu kawasan ini dan itu adalah persoalan utama.

Mengulas lanjut, beliau juga bukan calon yang akan bertanding di kawasan DUN berkenaan untuk dijadikan modal berkempen PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka (rakyat) nak mendengar apa kerajaan boleh buat, parti mana boleh bantu kawasan ini dari segi pembangunan, dari segi kesejahteraan rakyat. Itu persoalan pokok.

“Jadi maknanya, dia (PH) sudah tersasarlah. Kalau nak cakap pasal saya, isunya bukan saya, isunya PRK,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan ke Pekan Rabu Beranang, Beranang dekat sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai ceramah-ceramah PH yang sering menyebut namanya sebagai modal dan bahan untuk berkempen pada PRK DUN Semenyih.

Yang turut hadir pada lawatan itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×