CARACAS 20 Feb. – Angkatan tentera Venezuela menegaskan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang perlanggaran di kawasan sempadan.
Ini susulan ‘ancaman’ daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa pasukan tentera itu akan ‘kehilangan segala-galanya’ jika tidak menukar haluan dan menyokong pemimpin pembangkang, Juan Guaido.
Menteri Pertahanan, Vladimir Padrino mengulangi pendirian tentera sebagai ‘ketaatan dan kesetiaan’ tanpa batas kepada Presiden Nicolas Maduro. – AFP











