MAHB perjelaskan saman PSC kini di mahkamah - Utusan Malaysia

MAHB perjelaskan saman PSC kini di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 19 Feb. – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) hari ini menjelaskan bahawa caj perkhidmatan penumpang (PSC) adalah kadar statutori yang ditetapkan oleh kerajaan dan telah diwartakan.

Sehubungan itu katanya, sebarang pertikaian terhadap PSC akan memberi kesan kepada ekonomi negara serta industri penerbangan negara.

“Saman caj perkhidmatan penumpang (PSC) terhadap AirAsia kini di peringkat mahkamah dan proses ini harus dibiarkan berjalan sehinggalah selesai,’’ kata syarikat pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
 
Katanya, adalah penting untuk mewujudkan kejelasan pelaksanaan PSC yang diwartakan, peranan dan tanggungjawab syarikat penerbangan dan lapangan terbang serta hak-hak pihak yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini (PSC) adalah perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah supaya industri penerbangan dapat beroperasi dengan cekap dan berdaya saing serta mematuhi semua standard dan peraturan penerbangan antarabangsa,’’ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×