Kolarov, Fazio selamatkan Roma - Utusan Malaysia

Kolarov, Fazio selamatkan Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 19 Feb. – Pertahanan Aleksandar Kolarov dan Federico Fazio masing-masing menjaringkan gol untuk membantu Roma menewaskan Bologna 2-1 dalam aksi Serie A sekali gus

membolehkan menghampiri slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kejayaan skuad kendalian Eusebio Di Francesco itu hadir selepas mereka menewaskan Porto dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara dan mereka kini berada di tangga

kelima Seriea A, satu mata di belakang AC Milan.

“Kami tidak boleh keciciran sebarang mata. Kami gembira dengan tiga mata ini begitu juga dengan persembahan yang dipamerkan,” kata Di Francesco.

Juara Serie A, Juventus berada di tangga teratas selepas mengumpul 66 mata, 13 mata mengatasi Napoli di tempat kedua selepas Cristiano Ronaldo membantu The Old Lady

menewaskan Frosinone 3-0, Jumaat lalu.

Napoli pula sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Torino manakala Inter Milan ketinggalan tujuh mata di tempat ketiga selepas menewaskan Sampdoria 2-1.

Roma seharusnya mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol mereka, Robin Olsen apabila tangkas mengekang asakan bertubi-tubi daripada kelab bawahan, Bologna terutamanya

selepas dia menafikan percubaan berbahaya, Roberto Soriano. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×