United bertemu Wolves - Utusan Malaysia

United bertemu Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Feb. – Manchester United akan menentang Wolves dalam aksi suku akhir Piala FA di tempat lawan pada 16 Mac ini manakala Manchester City bertemu Swansea di Stadium Liberty.

United menewaskan penyandang juara, Chelsea 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam (waktu Malaysia) dan kini Red Devils memburu Piala FA ke-13 selepas kali terakhir memenanginya pada 2016. United bertandang ke Molineux untuk menentang Wolves selepas mereka menewaskan Bristol City pada Ahad lalu.

“Sekali lagi perlawanan di tempat lawan selepas Arsenal dan Chelsea namun inilah bola sepak. Kami perlu menghadapinya dengan cara yang sukar. Wolves pasukan yang sukar untuk dihadapi,” kata jurulatih sementara United, Ole Gunnar Solskjaer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, City akan bertandang ke selatan Wales untuk menghadapi kelab daripada liga Kejohanan, Swansea yang menewaskan Newport di pusingan kelima.

Watford akan bertemu Crystal Palace manakala Millwall menentang Brighton dalam satu lagi aksi suku akhir Piala FA. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×