MUAFAKAT. Seramai 25 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia menceriakan warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Anggerik, Kuala Rompin, Pahang apabila bersama-sama menjalankan aktiviti harian di pusat tersebut baru-baru ini.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus, kerja- kerja kesukarelawanan seperti ini merupakan salah satu fokus penting dalam menyokong agenda negara dalam menjadikan ‘universiti untuk masyarakat’ dan agenda universiti untuk memacu kecemerlangan pendidikan tinggi berpaksikan kemanusiaan.
“Usaha ini diharap mampu untuk memupuk sifat kasih sayang dan sikap ambil peduli dengan keperluan semua golongan di sekeliling dalam diri mahasiswa untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat.
Antara kerja-kerja terlibat ialah pembersihan sekitar kawasan sekolah, longkang dan saliran, menyusun atur buku di perpustakaan mini, pengindahan kolam ikan serta mengecat semula bangunan sekolah.
Pasukan MPP juga mengedarkan beberapa barangan sumbangan cenderahati kepada penghuni seperti beg, baju dan coklat.











