Isu anjing liar akan dibawa ke Parlimen - Utusan Malaysia

Isu anjing liar akan dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 17 Feb. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan membawa masalah menangani anjing liar yang menganggu penduduk ke Parlimen bagi mendesak satu kaedah penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Beliau berkata, pembentangan itu dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu menjamin keselamatan penduduk, menjaga kebersihan dan melindungi kebajikan haiwan.

“Kita perlu melihat semula Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana keutamaan perlu diberikan kepada keselamatan penduduk dan kebersihan premis dan pada masa sama mencari satu jalan penyelesaian yang tidak kejam terhadap haiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita perlu kepada satu tindakan yang dapat sokongan semua pihak kerana masalah ini telah berlarutan sekian lama,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights dan wakil penduduk Taman Lavender Heights di Senawang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Masjid Ibu Khaldun, Mohd. Asna Amin.

Menurut Khairy, masalah anjing liar yang berkeliaran di Taman Lavender Heights masih belum selesai walaupun isu itu sudah dibangkitkan dalam sesi dialog antara penduduk dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bulan lalu.

“Saya diberitahu, hanya dua ekor anjing liar dapat ditangkap daripada enam operasi pihak berkuasa tempatan itu yang turut disertai pertubuhan bukan kerajaan selepas dialog berkenaan.

“Masalah ini mengancam keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak serta kebersihan kawasan perumahan termasuk masjid yang terjejas kerana najis haiwan itu,” ujarnya.

Isu anjing liar mendapat perhatian masyarakat selepas tiga ekor anjing ditemukan mati dipercayai akibat diracun di Taman Lavender Heights.

Kejadian itu tular dalam media sosial selepas wujud dakwaan anjing itu diracun oleh pihak yang marah kerana anjing kerap masuk dan mengotorkan Masjid Ibnu Khaldun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×