Penuntut kolej maut, dua cedera - Utusan Malaysia

Penuntut kolej maut, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Seorang penuntut kolej swasta maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Klang Lama susur ke Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa, Sachdevf Singh Sunder Singh, 22, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama dua rakannya dalam perjalanan dari pusat bandar. 
 “Kereta Proton Waja yang dipandu rakan mangsa berusia 22 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar kon pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta terbabit kemudiannya memasuki susur Jalan Klang lama dan terbalik sebelum sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah sama tidak sempat membrek lalu merempuh kenderaan dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan parah di kepala sebelum disahkan me­ninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1981,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×