Dakwaan salah laku kewangan MASCA selesai - Utusan Malaysia

Dakwaan salah laku kewangan MASCA selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Dakwaan salah lalu melibatkan bekas Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk S. Subramaniam berjaya diselesaikan selepas beliau tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu, hari ini.

Dalam mesyuarat yang berlangsung Januari lalu, MASCA mendapati wujud perbelanjaan sejumlah hampir RM15,000 yang diluluskan Subramaniam dan insiden itu berlaku selepas akaun persatuan ditutup pada 30 September tahun lalu.

Perkara itu terus menimbulkan keraguan apabila kegunaan wang tersebut tidak dijelaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan MASCA yang diadakan pada 17 November lalu.

Hari ini, Subramaniam tampil bersama barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2018/2021 yang diketuai Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin bagi memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Beliau mengakui bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan itu selepas akaun persatuan ditutup dan memberitahu bahawa ia digunakan bagi menjelaskan bayaran gaji setiausaha eksekutif persatuan itu yang sudah tertunggak selama empat bulan.

Katanya, wang yang dikeluarkan itu juga digunakan untuk perbelanjaan atlet di bawah persatuan itu.

“Memang saya akui ada berlaku sedikit masalah teknikal kerana wang itu saya keluarkan selepas akaun persatuan ditutup dan saya juga sudah memberikan jawapan bertulis kepada MASCA berhubung perkara ini.

“Saya sememangnya mahu melunaskan semua hutang yang ada sebelum menyerahkan jawatan kepada kepimpinan baharu untuk terus memajukan sukan ini,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×