Raja Puan Muda Perlis hadir majlis sambutan Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis hadir majlis sambutan Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 15 Feb. – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Kangar di kawasan Pasar Raya Ten Ten di sini, malam tadi.

Berangkat sama mengiringi Tuanku Lailatul Shahreen ialah anakanda kedua dan ketiga, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Majlis tersebut dihoskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Antara aktiviti menarik pada majlis itu ialah persembahan gendang 24 musim, tarian tradisional, persembahan diabolo, tarian singa dan juga pancaragam.

Tuanku Lailatul Shahreen turut menyampaikan angpau kepada golongan miskin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×