Muhammad Zairul ungguli pertandingan menulis esei - Utusan Malaysia

Muhammad Zairul ungguli pertandingan menulis esei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA. Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Zairul Fikri Zailani, 22, menjuarai pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh Princess Of Naradhiras University di Thailand baru-baru ini.

Menurut Muhammad Zairul, esei sepanjang 800 patah perkataan yang dihasilkan membawa tema As A Student, How to Bring a Positive Change in Society itu adalah rangkuman hasil bahan bacaan, penyelidikan serta pengalaman sebagai mahasiswa.

Muhammad Zairul membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai 1,000 baht (RM129) setelah menewaskan para peserta lima buah universiti lain yang mengambil bahagian antaranya Universiti Fatoni, Thailand dan Universiti Thaksin, Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×