Anggota polis gantung diri kerana cinta tidak direstui - Utusan Malaysia

Anggota polis gantung diri kerana cinta tidak direstui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADURAI 14 Feb. – Gara-gara cinta ditolak dan tidak direstui oleh kedua ibu bapa, seorang anggota polis membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya di sebuah perkampungan berhampiran Asilampatti, daerah Madurai, semalam.

Lapor Times of India, sebelum kejadian itu, V. Sathish, 27, meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya yang juga dari perkampungan yang sama, namun dibantah.

Apabila gagal memujuk kedua orang tuanya, Sathish mengambil keputusan untuk menjerut lehernya dengan menggantung diri.

Sathish dari Nakkalapatti bertugas dengan Pasukan Khas Batalion 14, Tamil Nadu sebelum ditugaskan ke Kem Bawah Ooty. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×