Jurutera muda calon PH PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

Jurutera muda calon PH PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Muhammad Aiman,30, merupakan menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pencapaian kelas pertama.

Anak tempatan Semenyih itu juga merupakan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Langat.

Pengumuman calon PH itu dilakukan oleh Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×