PUTRAJAYA 14 Feb. – Perlumbaan jelajah berbasikal terbesar di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 terpaksa ditunda dari bulan Mac ke April atas permintaan kabinet.
Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk LTdL 2019 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini sebentar tadi.
Ikut jadual asal, perlumbaan tahun ini sepatutnya berlangsung dari 24 hingga 31 Mac tetapi ditunda kepada 6 hingga 13 April.- UTUSAN ONLINE











