PRK Semenyih: BN pilih Zakaria sebagai calon - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: BN pilih Zakaria sebagai calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Ahli UMNO, Zakaria Hanafi, 58, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan kepimpinan parti, antaranya calon mestilah penduduk tempatan dan mesra rakyat. 

“Kita telah menerima enam pencalonan daripada UMNO Bahagian. Semuanya baik-baik tetapi sudah tentulah kita pilih yang paling baik.

“Kita harap Zakaria dapat membawa suara rakyat ke dalam DUN (sekiranya menang),” katanya di majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Semenyih di pekarangan Bilik Gerakan BN di sini hari ini. – K! ONLINE

Mohamad (kanan) ketika majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria di pekarangan Bilik
Mohamad (kanan) ketika majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria di pekarangan Bilik Gerakan BN hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×