[VIDEO] Pemuda Amanah gesa siasat kaitan Nik Abduh dengan CIA - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemuda Amanah gesa siasat kaitan Nik Abduh dengan CIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb.- Satu laporan polis telah dibuat oleh Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini berhubung rakaman audio yang mendakwa Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempunyai hubungan akrab dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan, laporan itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang ini bagi pihak polis melakukan siasatan berhubung perkara ini.

Ujarnya, dalam rakaman terbabit jelas menunjukkan Ahli Parlimen tersebut mengakui mempunyai hubungan akrab dengan CIA.

“Jadi pihak berkuasa perlu menyiasat tentang kesahihan keseluruhan kandungan rakaman tersebut memandangkan apa keperluan Nik Abduh untuk mempunyai hubungan rapat dengan agen dari CIA,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin bersama beberapa lagi wakil Amanah hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membuat laporan polis.

Mereka kemudiannya selesai membuat laporan kira-kira pukul 3 petang ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×