Arul bimbang kad kuning dikumpul pemainnya - Utusan Malaysia

Arul bimbang kad kuning dikumpul pemainnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Jurulatih skuad hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj akui amat bimbang dengan jumlah kad kuning yang telah dikumpul pemainnya dalam kempen Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) ketika ini.

Pemain pertahanan UniKL, Baljit Singh Charun telah memungut dua kad hijau dan satu kad kuning yang bersamaan lapan mata demerit sekali gus digantung bagi aksi bertemu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Stadium Tengku Abdullah, Bangi pada Jumaat ini.

Situasi berkenaan menyebabkan Arul berharap barisan penyerang Faridzul Afiq Mohd, Kieran Govers, Valentin Verga serta pertahanan Sukri Abdul Mutalib yang sudah mengutip satu kad kuning berhati-hati apabila turun beraksi nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu lagi kad kuning dikutip oleh mana-mana empat pemain ini bermakna mereka akan berdepan hukuman penggantungan satu perlawanan.

“Saya sentiasa mengingatkan pemain untuk mengawal emosi dan beraksi dengan tenang walaupun berdepan provokasi daripada pemain lawan.

“Beraksi dengan kekurangan pemain bagi tempoh 19 minit sepanjang perlawanan kerana beberapa pemain menerima kad kuning dan kad hijau adalah sesuatu yang tidak bagus dalam hoki.

“Apabila berdepan situasi sebegini pasukan tiada pilihan selain rakan sepasukan lain perlu bekerja lebih apabila kita beraksi kurang pemain,” tambah Arul.

Ketika ini UniKL telah mengumpul 19 mata di tangga teratas liga selepas tujuh perlawanan berlangsung manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketinggalan satu mata di belakang pendahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×