SC pinda Garis Panduan Untuk Pasaran Yang Diiktiraf - Utusan Malaysia

SC pinda Garis Panduan Untuk Pasaran Yang Diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membuat pindaan kepada Garis Panduan Untuk Pasaran Yang Diiktiraf dalam memperkenalkan keperluan baharu bagi platform elektronik yang memudahcarakan dagangan aset digital.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, di bawah garis panduan yang disemak semula itu mana-mana individu yang berminat mengendalikan platform aset digital perlu memohon kepada SC untuk didaftarkan sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf.

“Rangka kerja baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha SC untuk menggalakkan inovasi di samping memastikan perlindungan pelabur dalam dagangan aset digital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Syed Zaid, walaupun terdapat rangka kerja untuk memudahcarakan dagangan aset digital, namun pelabur diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko ketika berurus niaga dengan aset digital seperti risiko turun naik harga secara tiba-tiba dan kecairan.

Katanya, pindaan garis panduan dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 yang berkuatkuasa pada 15 Januari.

“Mana-mana individu yang berminat untuk mengendalikan platform aset digital termasuk yang beroperasi dalam tempoh peralihan semasa perlu mengemukakan permohonan kepada SC sebelum 1 Mac,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini