Anggota bomba selamatkan kuda terjatuh dalam tangki najis - Utusan Malaysia

Anggota bomba selamatkan kuda terjatuh dalam tangki najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Sekumpulan anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kuda yang ditemui terperangkap lebih dua jam di dalam tangki najis berhampiran sebuah rumah di Berkshire Park dekat Sydney baru-baru ini.

Kuda bernama Trooper, berumur 16 tahun, itu terperangkap di dalam tangki septik selepas terpijak penutup tangki najis lalu menyebabkan ia terjatuh ke dalam sistem tadahan itu.

Seorang doktor veterinar dari Klinik Kuda Agnes Banks dekat sini menyuntik ubat penenang pada badan haiwan terbabit sebelum operasi menaikkan kuda itu dilakukan. Pemilik Trooper, Arron Maher turut berada di lokasi kejadian dan membantu menenangkan kudanya.

Operasi menyelamat itu melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat New South Wales dan Perkhidmatan Kecemasan negeri serta sebuah jentera angkat-susun.

Menurut laporan, Trooper mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke sebuah klinik veterinar berdekatan untuk ujian imbasan X-ray pada bahagian belakang badannya. – Agensi

Imej menunjukkan Trooper terperangkap di dalam sebuah tangki najis di Sydney, Australia baru-baru ini.

PASUKAN penyelamat menggunakan bantuan jentera angkat-susun dalam satu operasi menyelamat seekor kuda di Sydney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×