INCHEON 30 Jan. – Seramai lapan rakyat Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira 44 bilion won (RM161.87 juta) ke negara ini.
Lapor Korea Times memetik Pejabat Pendakwa Raya Incheon sebagai berkata, kesemua suspek terbabit ditahan awal bulan ini dalam satu siasatan bersama dengan pejabat kastam serta Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS).
Mereka didakwa cuba menyeludup 13.3 kilogram dadah jenis methamphetamine dari menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae selama lima kali dari 27 Disember tahun lalu hingga 17 Januari.
Mereka membungkus setiap plastik bag yang mengandungi 1 hingga 2 kilogram dadah itu pada paha dan abdomen dengan pembalut dan cuba melepasi kawalan keselamatan.
Kebanyakan daripada mereka didakwa bertindak sebagai keldai dadah atas arahan sebuah rangkaian dadah di Malaysia.











