4.29 juta saman trafik belum dilunaskan - Utusan Malaysia

4.29 juta saman trafik belum dilunaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sebanyak 4.29 juta saman yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu masih belum di­selesaikan pesalah jalan raya.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 5.72 juta saman melibatkan pelbagai jenis kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya tahun lalu.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut hanya 25 peratus iaitu 1.43 juta saman yang telah dibayar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hampir 15,000 saman dikeluarkan oleh pihak polis setiap hari. Saman-saman tersebut melibatkan pelbagai kesalahan termasuk enam kesalahan utama.

“Mengikut rekod, dua saman tertinggi dikeluarkan ialah kesalahan melebihi had laju dan meletak kenderaan di kawasan la­rangan,” katanya dalam sidang akhbar khas di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Azisman, sebanyak 2,110 kes daripada 5,870 kemalangan maut dicatatkan berlaku sepanjang tahun lalu adalah berpunca daripada terbabas sendiri.

Jelas beliau, daripada jumlah keseluruhan, angka tersebut menunjukkan penurunan memberangsangkan berbanding tahun 2017 iaitu 6,265 kemalangan maut direkodkan.

“Daripada 5,870 kemalangan maut, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi de­ngan 17.1 peratus iaitu 1,007 kes. Johor pula merupakan ne­geri kedua tertinggi de­ngan 898 kemalangan maut diikuti Perak (633 kes).

“Sebanyak 1,809 kes daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut berlaku di jalan-jalan persekutuan manakala 1,671 kes di jalan negeri serta 2,390 di lokasi lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×