Mayat wanita Indonesia dibungkus dalam selimut, tilam - Utusan Malaysia

Mayat wanita Indonesia dibungkus dalam selimut, tilam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 30 Jan. – Seorang penyelia ladang terkejut selepas menemukan mayat seorang wanita warga Indonesia yang dibungkus menggunakan selimut dan tilam berhampiran sebuah ladang getah di Kampung Kemuning, Hutan Percha di sini hari ini.

Mayat mangsa, Ani Ekasari, 45, berasal dari Bandung, Indonesia ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penyelia terbabit kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz berkata, selepas diperiksa, pihaknya menemukan sekeping pas pengenalan diri dan dokumen perubatan dipercayai milik mangsa.

“Siasatan awal yang dilakukan Unit Forensik bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan berunsur jenayah pada mayat wanita itu.

“Polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen negeri dan pihak kedutaan bagi mengesahkan identiti serta waris si mati,” katanya dalam satu kenyataan, di sini petang ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×