SC kenakan penalti ke atas Deloitte - Utusan Malaysia

SC kenakan penalti ke atas Deloitte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan penalti ke atas Deloitte PLT. (Deloitte) berikutan empat pelanggaran yang berkaitan dengan Program Sukuk Murabahah bernilai RM2.4 bilion yang diterbitkan oleh Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) pada 2014.

SC berkata, Deloitte merupakan juruaudit berkanun untuk BMSB dan 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (1MDB RE) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2015 hingga 2016.

SC berkata, Deloitte didapati telah melakukan dua pelanggaran di bawah Seksyen 276 (3) (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana kegagalan untuk segera melaporkan penyelewengan kepada SC yang mungkin mempunyai kesan material ke atas kemampuan BMSB memenuhi kewajipannya dalam membayar balik kepada pemegang sukuk apa-apa amaun di bawah Program Sukuk Murabahah.

“SC mendapati pelanggaran yang dilakukan oleh Deloitte adalah serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SC mengenakan denda sebanyak RM2 juta untuk pelanggaran di atas, denda maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 354 (3) (b) CMSA.

Selain itu SC berkata, Deloitte juga telah melakukan dua pelanggaran di bawah Seksyen 276 (1) CMSA, dan dikenakan denda berjumlah RM200,000 kerana kegagalannya menghantar satu salinan Penyata Kewangan yang Telah Diaudit (AFS) 2015 dan 2016 BMSB kepada MTrustee Berhad, dalam tempoh tujuh hari selepas memberikannya kepada BMSB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×