Empat menteri kabinet Thailand letak jawatan - Utusan Malaysia

Empat menteri kabinet Thailand letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 29 Jan, – Empat menteri kabinet dari parti pro-junta, Palang Pracharath akhirnya meletak jawatan berkuat kuasa esok selepas mendapat kritikan hebat.

The Nation melaporkan keempat-empat menteri tersebut iaitu Menteri Perdagangan, Sontirat Sontijirawong; Menteri Sains dan Teknologi, Suvit Maesincee; Menteri Industri, Uttama Savanayana dan Menteri Pejabat Perdana Menteri, Kobsak Pootrakool menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha hari ini.

Uttama yang merupakan pemimpin Palang Pracharath berkata, mereka bertemu Perdana Menteri pagi tadi bagi memaklumkan keputusan tersebut

“Beliau mengucapkan selamat berjaya kepada kami dan menasihatkan supaya meletakkan kepentingan negara di atas berbanding perkara lain,” katanya.

Uttama menafikan peletakan jawatan tersebut disebabkan kritikan daripada parti-parti politik sebaliknya dibuat disebabkan ideologi politik.

Dalam pada itu, beliau memberitahu masih belum bertemu Prayut untuk menjadikannya sebagai calon Perdana Menteri pro-junta. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×