Bunuh kerana ‘terserempak’ dengan mangsa - Utusan Malaysia

Bunuh kerana ‘terserempak’ dengan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Tindakan seorang suspek yang mahu mengambil rokok sebelum terserempak dengan mangsa menjadi motif kejadian pembunuhan seorang lelaki warga emas di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah, dekat sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi, suspek lelaki berusia 33 tahun itu melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka sebelum dia menceroboh masuk untuk mengambil rokok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, semasa kejadian mangsa, Hamid Mat Salleh, 84, keluar dari rumah dan ke bilik air yang berada di sebelah rumah.

“Suspek dikatakan mahu mengambil rokok selepas melihat pintu rumah terbuka, mangsa yang masuk ke rumah terserempak dengan suspek jadi berlaku pergelutan.

“Mungkin suspek yang juga jiran mangsa tidak mahu membayar rokok yang diambil. Jadi mangsa dipukul dipercayai dengan cangkul dan kuku kambing,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, siasatan lanjut membawa kepada penangkapan suspek yang tidak belerja di sekitar Tanah Merah kira-kira pukul 12 tengah hari  kelmarin. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×