AADK sasar 59 kawasan merah pulih tahun ini - Utusan Malaysia

AADK sasar 59 kawasan merah pulih tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Jan. – Sebanyak 59 daripada 88 kawasan merah yang dikenal pasti kawasan berisiko tinggi pemasalahan dadah di seluruh negara akan dipulihkan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata,  pelbagai usaha akan digerakkan 
dengan memberi tumpuan kepada tiga kawasan berisiko tinggi dadah iaitu di perumahan rakyat, 
perladangan dan persekitaran nelayan. 

“Sekarang ini ada 88 kawasan merah daripada keseluruhan 178 yang dikesan tahun lalu, banyak 
yang kita dah berjaya kurangkan. 

“Sebelum akhir tahun 2019, kita harap yang tinggal tak lebih daripada 28 kawasan merah 
manakala selebihnya 117 kawasan kuning dan 33 kawasan hijau,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas program Malam Semurni Kasih Bersama 
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sebuah restoran di bandar raya ini di sini malam tadi.  

Terdahulu, Zulkifli menyampaikan Anugerah Kepulihan Klien AADK kepada pengusaha restoran, 
Warung Nasi Kerabu Pok Din, Mohd. Nordin Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×