UMNO sokong Pelan Antirasuah Nasional - Utusan Malaysia

UMNO sokong Pelan Antirasuah Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Jan.- UMNO menyokong penuh terhadap usaha kerajaan yang melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dalam menangani gejala rasuah yang perlu dihindari dengan segera.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak tamadun dan empayar besar lalu yang kuat jatuh dan hancur disebabkan oleh gejala rasuah.

“Oleh sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan pelan dan ini merupakan satu langkah yang amat perlu yang mesti dilakukan dan kita tidak boleh tunggu lama lagi.

“Yang penting ialah budaya benci rasuah ini mesti ditanam sebagai budaya dan dia tidak boleh cukup dengan undang-undang sahaja, tetapi ia perlu ada kesedaran daripada dalam diri kita sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran  NACP 2019- 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohamad menerima buku NACP yang disampaikan oleh Dr. Mahathir.

Pada masa sama, Mohamad menambah, NACP merupakan satu pelan terbaik sejajar usaha memerangi budaya rasuah dengan memastikan gejala tidak bermoral itu dibendung sekali gus dapat dihapuskan.

Tegas beliau, jika rasuah tidak dibendung lebih awal, gejala itu akan membinasakan negara dan juga bangsa.

“Jadi usaha yang dilakukan pada hari ni, adalah amat baik dan sudah sampai masa untuk kita secara serius adakan satu pelan dan yang penting sekali setiap rakyat mesti membudayakannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×